Assalamualaikum..
ROBOK SI COMEL (No Daftar SSM : JM0654310-H) merupakan perniagaan pertama saya secara online. Sebelum ini, saya sudah lama berjinak dengan bakat menjahit pakaian khususnya pakaian tradisional bagi wanita. saya juga mengambil tempahan pakaian lain berdasarkan permintaan dari pelanggan saya. ROBOK SI COMEL adalah perniagaan secara online di mana saya khaskan jualan pakaian baju kurung kanak-kanak sempena permintaan ramai di kalangan orang ramai yang sentiasa mencari pakaian tradisional kanak-kanak untuk sesuatu majlis atau hari istimewa seperti hari raya, majlis kenduri kahwin dan lain-lain.
Tujuan utama saya membina sebuah perniagaan online adalah kerana kecanggihan teknologi sekarang memberi saya idea untuk memperkembangkan bakat jahitan saya kepada orang ramai. Selain daripada itu, ia juga salah satu sumber pendapatan yang bagus untuk mempertingkatkan ekonomi keluarga.
Konsep ROBOK SI COMEL adalah berkaitan dengan kecomelan si pemakai terutamanya kanak-kanak kecil seusia 1-6 tahun. Saya menggemari warna lembut yang bersesuaian dengan tema si pemakai iaitu kanak-kanak. Warna-warna lembut ini akan terungkap dari diri si pemakai.
ROBOK SI COMEL membawa maksud 'Almari untuk Kanak-kanak' iaitu di mana setiap almari adalah tempat koleksi pakaian yang disimpan untuk dipakai pada bila-bila masa. Perkataan ROBOK merupakan bahasa orang JOHOR yang telah lama wujud sebagai slang JOHOR. manakala Si Comel ditujukan kepada kanak-kanak seusia 1-6 tahun.
Terima Kasih kerana menerima perniagaan saya seadanya dan menyokong saya dari belakang. InsyaAllah..REZEKI ALLAH sentiasa ada di mana-mana sekiranya kita sentiasa menjaga hubungan kita dengan-Nya..Amin..
No comments:
Post a Comment